BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, July 17, 2010

Wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang. Itulah gambaran tepat mengenai kehidupan sekarang jika manusia melihat hanya dengan mata kasar. Bermula daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara, perantaraannya adalah wang. Maka, tidak hairan mengapa manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan sehingga tidak berasa cukup dengan waktu yang diperuntukkan. Sesiapa yang bijak mengurus kewangan tiadalah masalah kesempitan wang. Namun, harus diingat bahawa setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ada juga hak orang lain di atas rezeki tersebut. Maka, wajiblah ditunaikan hak-hak tersebut. Sesungguhnya kurniaan Allah kepada manusia tidak terhitung banyaknya. Kita harus membuka minda bahawa rezeki daripada Rabbul Izzati tidak hanya terhad dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Pelbagai nikamt kurniaanNya dapat dilihat dan dirasai andai kita melihat daripada pelbagai sudut dengan mata hati. Seperti yang terdapat dalam Surah Al-Rahman yanng menceritakan begitu banyak tentang nikamt kurniakan Allah sehingga diulang sebanyak 31 kali ayat tersebut

Äd“r'Î6sù ÏäIw#uä $yJä3În/u‘ Èb$t/Éj‹s3è? ÇÊÌÈ

13. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?

Keseluruhan surah ini menceritakan pelabagai nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya. Ayat tersebut diulang supaya manusia bermuhasabah betapa banyak kurniaan Allah kepada kita dan supaya kita sentiasa bersyukur kepadaNya dan melaksanakan amanah kita kepada Allah.

Tetapi apa yang kita lihat fenomena sekarang menggambarkan manusia makin terleka.nauzubillah... ada yang terlalu sibuk mengejar kemewahan sehingga terlupa dengan peringatan Allah dalam surah Jumaat ayat 9 yang berbunyi

$pkš‰r'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) š”ÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó™$$sù 4’n<Î) ̍ø.ÏŒ «!$# (#râ‘sŒur yìø‹t7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ

9. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),

meskipun di dalam ayat tersebut hanya dinyatakan pada hari Jumaat, namun hal ini perlu dilakukan setiap kali tiba waktu solat.

Kita tidak patut terleka dengan mengatakan setiap masa perlu diisi dengan kerja yang mendatangkan wang kerana kita harus yakin dengan janji Allah iaitu

öqs9ur öNåk¨Xr& (#qãB$s%r& sp1u‘öq­G9$# Ÿ@‹ÅgUM}$#ur !$tBur tAÌ“Ré& NÍköŽs9Î) `ÏiB öNÍkÍh5§‘ (#qè=Ÿ2V{ `ÏB óOÎgÏ%öqsù `ÏBur ÏMøtrB OÎgÎ=ã_ö‘r& 4 öNåk÷]ÏiB ×p¨Bé& ×oy‰ÅÁtFø)•B ( ׎ÏVx.ur öNåk÷]ÏiB uä!$y™ $tB tbqè=yJ÷ètƒ ÇÏÏÈ

66. dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa Yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). di antara mereka ada sepuak Yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.

Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan laranganNya, insyaAllah rezeki sentiasa ada untuk kita.ameen...

Monday, May 17, 2010


Assalamulaikum w.b.t
Kepada semua sahabat yang mengenali diri ini mahupun tidak….ana ucapkan selamat study…
Semoga sentiasa bersemangat untuk mengulangkaji yea…
Maat taufiq wan najah….semoga Allah menilai usaha kita yang bersandarkan belajar kerana memenuhi tuntutannya ‘ menuntut ilmu diwajibkan ke atas setiap muslim’ dengan menganugerahkan kejayaan.
Kepada diri ana jua, sentiasalah berdoa dan solat hajat….
Selamat menduduki peperiksaan kepada semua

Friday, May 14, 2010




Tinta guru…
Siapa kata dia tidak perlukan guru?
Siapa kata dia tidak mempunyai guru?
Siapa kata dia bencikan guru?
Siapa kata dialah guru tanpa guru???
Mungkin siapa itu tidak pernah wujud kerana siapa kita tanpa seorang insan bergelar guru. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W juga mempunyai guru iaitu malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah. Siapa dia yang tidak mempunyai guru walhal pengalaman juga adalah guru. Siapa yang sanggup membenci gurunya yang sabar mengajarnya saban waktu walhal tiada keberkatan atas ilmu tanpa keredhaan guru. Pelbagai istilah dan penghormatan yang diberikan kepada guru kerana semua amat arif akan kemuliaan tugas guru. Maka, berbanggalah sesiapa yang diberikan peluang oleh Allah untuk menjadi guru tidak kiralah bagaimana konteksnya dengan melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. InsyaAllah….namun bukan semua pisang adalah elok dalam satu tandan..manusia tidak lepas daipada melakukan kesilapan.
Awal suruhan ialah membaca, tanpa guru yang mengajar bagaimana seseorang dapat mengenal baca dan tulis?

guru suatu ungkapan keramat…
guru yang sejati inspirasi diri…
guru tidak mengenal erti putus asa…
guru berbudi sentiasa berintegriti…
guru, jasamu dibawa mati…
guru, redhamu memberkati kehidupanku…
guru, pimpin daku tunjukkanku jalan…
guru, bimbingku mengenal kebaikan menjauhi kaburukan…
guru, doamu penyejuk kalbu…
guru, kekuatan dan ketabahanmu satu obor…
terima kasih guru-guruku yang tidak pernah jemu mendidik dan mengajarku….

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA
Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah s.w.t. kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t.. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah s.w.t. iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah s.w.t. memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah s.w.t..

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair, "Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair, "Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku." Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah s.w.t., yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

Friday, April 16, 2010

salam alaik..
ana nak ucapkan TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA
kepada semua AJK badam yang bertungkus lumus menolong lajnah ekonomi dalam
jualan sepanjang pertandingan koir..
semoga segala pengorbanan mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah..

Wednesday, April 14, 2010

faedah menyampaikan ilmu

daripada Zaid bin Thabit r.a, Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ''Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.''
(riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Tuesday, April 6, 2010

kekuatan hati vs kelembutan lidah+ketangkasan tindakan

betapa mudah bibir meluncurkan bicara, tetapi bagaimanakah tindakan yang dilaksanakan sang anggota...sudahkah diteliti secara mendalam perkara yang menimbulkan kejelekan di hati...pernahkah sifat empati mendasari akal dan perasaan...mengapa terlalu mudah menjauhkan diri dari masalah...tiadakah sekelumit belas kasihan dalam hati..semua dihentam hanya kerana memuaskan hati, hanya kerana keseronokan, hanya kerana kedengkian bertapak di jiwa...
bila kekuatan hati hilang, hilang keyakinan, lumpuh ketegasan, membeku keinginan, lusuh semangat...
bila kelembutan lidah tidak mampu menepis tohmahan, fitnah bermaharajalela, maruah diperkotak-katikkan..
setiap yang terjadi pasti ada penyebabnya, sama ada baik mahupun buruk terpulang kepada individu,
setiap hukum Allah tiada kompromi,
walaupun betapa benar sebab yang diutarakan, yang benar, tetap benar, yang salah tetap salah
jika hidayah dicari terbentang di depan mata, namun diri tidak kuat, apalah maknanya,
yang memandang terus memandang, yang bercakap terus mengomong, yang mengejek terus tertawa.
tahukah puncanya....tahukah kesannya...tahukah masalahnya...TAHUKAH...
tidak pernah diambil peduli...
itulah kehidupan, detik yang dilalui saban waktu, tidak pernah mahu berhenti, tidak pernah mahu mengerti, yang tahu hanya mampu bersimpati, tetapi adakah yang itu...
kekacauan hati, kegalauan hati, kerumitan fikiran terus menghantui...
masalah berterusan tidak pernah jemu menjenguk kamar hidup...
penyelesaian hanya terdapat padaNya, ketenangan hanya diperoleh melaluiNya,
pendamai keresahan hanya daripadaNya...Pencipta yang Maha Penyayang...
terlau banyak dipendam, bakal meluahkan lahar kepanasan yang bisa membakar diri,
lakaran hitam berdarah kembali, luka lama masih berdenyut...
bagaimana mengharungi kehidupan andai tiada yang mengerti, tiada yang peduli..
yang peduli disalahtafsir..yang ada ditiadakan, yang tiada diwujudkan..
jangan biar kelukaan penderitaan itu dibenarkan hidup kembali..
yang merana hanyalah yang mengetahui...
ALLAH terus dimartabatkan, diagungkan di hati...
disujud disembah seluruh pancaindera..



ditujukan buat diriku....................

Sunday, April 4, 2010

Bahaya Berdebat

Dari Abu Hurairah RA, bahwasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: "Hentikanlah (menanyai)ku tentang apa yang aku abaikan untuk kalian. Sesungguhnya ummat yang sebelum kalian telah binasa kerana mereka banyak bertanya dan mendebat para nabi mereka. Jika aku melarang kalian tentang sesuatu maka jauhilah dan jika aku memerintahkan kalian terhadap sesuatu maka lakukanlah semampu kalian." (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
Suatu hari Rasulullah tengah berkhutbah di hadapan manusia. "Wahai manusia sekalian, Allah telah mewajibkan atas kalian haji," teriak baginda. Tiba-tiba ada seorang pendengar bertanya, "Apakah setiap tahun wahai Rasulullah?" Tapi baginda tidak menjawab. Orang itu pun mengulang pertanyaannya hingga tiga kali. Kemudian baginda berkata, "Seandainya aku katakan ya, tentu itu wajib hukumnya, tapi semampumu." Selanjutnya baginda menyabdakan hadits di atas.
Dalam peristiwa yang menjadi sabab wurud (sebab munculnya) hadits tersebut Nabi secara terang-terangan melarang debat. Kata su'al dan khilaf dalam bahasa Arab lazim juga disebut dengan miraa' dan jadal.
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali memberikan ta'rif (definisi) miraa' sebagai upaya menyangkal perkataan seseorang dengan mengungkapkan keraguan dalam perkataan tersebut, baik dari sisi lafaz mahupun maknanya. Sedangkan jadal adalah Keinginan untuk mengalahkan dan menjatuhkan seseorang dengan menyebutkan kekurangan yang ada pada perkataannya, bahkan menisbatkannya dengan aib dan kebodohan. Miraa' biasanya terjadi dalam lapangan ilmiah. Sedangkan jadal terjadi dalam lapangan yang lebih umum yakni kehidupan sehari-hari seperti berbual dan bergurau.
Dalam hadits itu, Rasulullah mengajarkan kepada kaum Muslimin untuk efisien dalam berbicara dengan hanya menanyakan hal yang penting-penting saja. Banyak orang memburu jawapan dengan pertanyaan yang tidak berguna kerana semata-mata ingin mencari keasyikan berdebat.
Selain tidak bermakna, tindakan ini jelas akan mensia-siakan waktu dan berpeluang untuk menimbulkan penyakit hati ghil (tidak suka) yang boleh membawa pada permusuhan.
Perilaku demikian adalah ciri khas Bani Israil (Yahudi) seperti diabadikan Allah dalam surat al-Baqarah ayat 67-74. Ketika itu mereka diperintahkan untuk menyembelih seekor sapi. Tetapi mereka sengaja mempermainkan Nabi dan mempersulit diri mereka sendiri dengan pertanyaan yang dibuat-buat.
Lain halnya dengan pertanyaan (diskusi) yang dimaksudkan sebagai proses belajar-mengajar. Hal itu justeru menjadi keharusan asal adabnya tetap dijaga. Allah berfirman, "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (an-Nahl: 43)
Atau juga dalam rangka da'wah yang dalam al-Qur'an disebut dengan mujadalah. Diskusi yang didasari oleh semangat kasih sayang dan kebenaran ini justeru diperintahkan oleh Allah. "Wajaadilhum billatii hiya ahsan." Dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (an-Nahl:125)
Contoh debat yang tidak membawa faedah misalnya adalah pembahasan yang `liar' tentang hal-hal yang ghaib misalnya Allah, hari kiamat, ruh, masalah hidup ummat manusia dan hal-hal lain yang hanya dapat diketahui melalui dalil naqli saja. Pertanyaan-pertanyaan itu bila difahami secara mendalam hanya akan semakin membingungkan dan menambah keraguan sehingga boleh berakhir pada kesesatan. Telah diriwayatkan bahawa Nabi Shalallaahu `alaihi wa sallam berkata, "Ummat manusia itu akan selalu bertanya-tanya sehingga nanti dikatakan ini adalah yang telah menciptakan semua makhluk, lalu siapa yang menciptakan Allah?"

Kebiasaan berdebat adalah penyakit. Untuk mengubatinya harus ditempuh sejumlah solusi. Pertama, memenuhi kalbu dengan ma'rifat, tauhid dan ketakwaan kepada Allah. Dengan cara ini seseorang akan selalu bersikap dan berucap dengan niat dan cara ilahiyyah. Apa yang dilakukannya dalam diskusi tidak diorientasikan untuk mencari kemenangan, tapi kebenaran. Sehingga ia akan meninggalkan ego peribadinya serta menjauhi sikap kibr dan merendahkan orang lain.
Kedua, Senantiasa memelihara adab Islami dalam berbicara, mengkritik, bertanya dan menyampaikan pendapat. Antara lain, dengan cara yang bijaksana, hormat, lembut dan lain-lain. Dengan begitu, lawan bicara akan merasa dihargai sehingga terjadi komunikasi yang indah dan bermanfaat, jauh dari egoisme dan semangat saling mengalahkan.
Ketiga, menghayati akibat buruk yang timbul dari kebiasaan berdebat. Antara lain tidak mendorong orang untuk beramal, tapi hanya memperbanyak bicara. Padahal kata Umar bin Khatab, banyak bicara maka banyak bias, banyak bias berarti banyak dosa dan banyak dosa bererti masuk neraka.
Keempat, belajar bersikap terbuka dalam menerima kebenaran dari orang lain. Kelima, mengubati hati dari penyakit ujub, ghurur dan takabbur.
Keenam, berusaha bergaul dengan komuniti (jama'ah) yang jauh dari debat dan cuma banyak bicara.
Dengan menghindari diri dari debat setiap muslim akan menjadi mulia, baik di sisi manusia dan Allah. Terlebih, Allah juga akan menjadikannya sebagai ahli syurga seperti sabda beliau yang diriwayatkan Abu Dawud, "Aku adalah pemimpin rumah di bawah naungan syurga bagi orang yang meninggalkan miraa'."

Wednesday, March 31, 2010

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:
156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

Saturday, February 27, 2010

PEMERGIANMU........YA RASULULLAH....

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang wajar dicontohi melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara
terbatas memberikan khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian;
Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-samaku. Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang
tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah
tiba. Rasullullah akan meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi
pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, Maaflah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah
bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,”kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril
yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.



Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.” Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu,”kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi. Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkn muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.” Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku- Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii “- Umatku, umatku, umatku. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai baginda sebagaimana baginda Rasul mencintai kita?? Allahumma sholi ala Muhammad wa baarik wa salim alaihi.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka.


SEKIAN.....................WALLAHUA’LAM..........

Friday, February 26, 2010

Melalui pengalaman ana sendiri, ana nak kongsi satu analogi. Ana akan belajar bersungguh-sungguh sebab ana tahu akan menghadapi peperiksaan yang pasti akan tiba tapi tak pasti ana akan sempat menghadapinya, walaupun begitu ana akan belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan mencurahkan segala daya usaha, insyaAllah. Ana inginkan keputusan yang benar-benar cemerlang. Kadang-kadang mengabaikan perkara lain hanya kerana nak menumpukan perhatian kepada pelajaran termasuklah meluangkan masa di masjid atau surau untuk melaksanakan solat secara berjemaah dan usrah. Ana mencurahkan keringat dalam menyiapkan sesuatu tugasan kerana mengejar deadline. Jadi apa salahnya ana berbuat begitu juga sewaktu beribadat kepadaNya, melakukan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. Setiap perbuatan sehari-hari perlu diniatkan kepada Allah semata2 semoga setiap perbuatan tersebut dikira sebagai satu ibadat di sisiNya.ameen.. Ana perlu beristiqamah dalam kebaikan kerana tidak tahu bilakah deadline ana (mati) dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Namun, ana sebagai insan yang lemah, seringkali tergelincir dalam mengemudi hidup ana. Astaghfirullahalazim..sangat hina diri ini di sisiMu Ya Allah..

Wednesday, February 24, 2010

Maulidur semakin hampir, banyak program yang dianjurkan untuk meraikan ulang tahun kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di setiap tempat sama ada mengadakan ceramah, forum dan semestinya perarakan maulidur rasul. Sungguhpun segala program ini amat baik namun terdapat segelintir umat islam yang kurang menitikberatkan soal mengamalkan sunnah yang ditinggalakan oleh penghulu segala nabi ini. Bukankah itu yang dituntut baginda bukanlah program besar-besaran yang sering mendapat perhatian meskipun mengadakan sambutan seumpanya tidaklah salah walaupun ada yang menganggapnya sebagai satu bidaah. Macam mana nak menerapkan segala sunnah nabi dalam kehidupan dan bagaimana nak memberitahu kepada masyarakat islam sunnah2 nabi???
Bukankah nabi pernah bersabda semasa khutbah terakhir iaitu “Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-samaku.”
Antara sunah nabi ialah tahajjud, membaca Al-quran, jangan tinggalkan masjid jaga solat dhuha, sentiasa sedekah, amalkan istighfar.
Semoga diriku dapat mengikuti sunah2 ini.ameen...
Kelebihan berselawat
1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w:
• Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "
Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti. Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Rujukan :
• Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "
3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.

Thursday, January 28, 2010

ANTARA SABAR DAN MENGELUH
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi,:
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Wednesday, January 20, 2010


Adab Terhadap Al-Qur'an
"Sesungguhnya, Allah dengan kitab ini (al-Qur'an) meninggikan darjat suatu kaum dan menjatuhkan darjat kaum yang lain." (HR. Muslim)
Maksud dari hadits tersebut adalah, barangsiapa yang berpedoman dan mengamalkan isi al-Qur'an, maka Allah akan meninggikan darjatnya, tapi barangsiapa yang tidak beriman kepada al-Qur'an, maka Allah akan menghinakannya dan merendahkan darjatnya. Dalam rangka merebut kemuliaan di sisi Allah, para sahabat Rasul. Saw saling berlumba membaca, mengkhatamkan, dan mengamalkan kandungan Qur'an. Ketika ayat yang berkenaan dengan minuman khamar turun di tengah-tengah mereka, maka kendi-kendi berisi khamr ditumpah, sehingga digambarkan —pada saat itu— parit-parit dipenuhi khamar. Ketika ayat kewajiban menutup aurat (jilbab) turun, para wanita Muslimah saling berlumba untuk memborong kain di pasar-pasar.
Semangat untuk menghiasi diri pribadi dengan warna Qur'an, dilakukan dengan ketekunan mengkhatamkan ayat-ayat suci tersebut. Di antara mereka ada yang mampu mengkhatamkan dalam waktu seminggu, dua minggu, atau sebulan. Bahkan ada di antaranya yang sanggup satu hari khatam.
Maka bila hari ini kita mendengar akhlak dan keistimewaan-keistimewaan mereka yang berhasil mengangkat kecemerlangan Islam, itu tidak lain adalah buah dari kedekatannya dengan al-Qur'an.
Bandingkan dengan ummat yang datang kemudian, terutama diri kita sendiri, berapa lama kita mampu menghafalkan Qur'an. Atau kita tarik yang lebih sederhana lagi, berapa ayat yang sudah kita baca dalam sehari ini? Atau bagaimana sikap kita terhadap garis hidup Rabbul Izzati itu? Masya Allah. Maka wajarlah kalau fikiran kita dan tindakan kita sering diseret-seret terus oleh syaitan. Pantas kalau hari ini kita sangat mudah kagum pada konsep lain yang dibuat oleh manusia.
Hal yang sederhana (dalam menyingkapi Qur'an) di bawah ini, mungkin akan menjadi jalan bagi kecintaan kita terhadapnya.
• Meletakkan al-Qur'an dengan bahagian Al Fatihah di atas.
• Meletakkan al-Qur'an di atas kitab-kitab (buku) yang lain.
• Jangan membawa Al-Qur'an ke negeri musuh Islam. Dikhuatirkan al-Qur'an akan dirosak oleh mereka. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah)
• Jangan berdebat dengan al-Qur'an. (HR. Baihaqi, Ibnu Majah, Al Hakim)
• Seseorang yang sudah menghafal al-Qur'an atau sebahagian ayat-ayatnya, jangan mengatakan, "Saya lupa ayat ini...", tetapi katakanlah, "Saya dilupakan oleh Allah ayat ini..." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)
• Empat orang yang masuk kategori dilarang memegang al-Qur'an: Orang junub, orang haid, orang nifas dan orang kafir.
• Jangan melunjurkan kaki ke al-Qur'an atau menyentuhnya dengan kaki. (Abu Nasir)
• Al-Qur'an tidak boleh dibuat bantal atau alas. (HR. Tabrani, Baihaqi)
• Al-Qur'an tidak boleh dilangkahi. (Ibnu Hajar Asqalani)
• Umar senang jika melihat orang yang membaca a-Qur'an memakai baju putih. (Malik)
• Ketika khatam dari tilawah al-Qur'an disunnahkan agar:
1. Memperbanyak takbir dan tahmid
2. Mengumpulkan keluarga dan doa bersama-sama. (Ibnu Najar)
Tulisan dalam rubrik adab ini bersumber dari beberapa kitab antara lain, Shahih Bukari, Shahih Muslim, Sunnan Ibnu Majah, Kifayatul Akhyar, Musnan As-Syafi'i, Muhtashar Sunan Abu dawud, Minhajul Muslim, Ihya Ulumiddin, Minhajul Abidin, Al Adabun Nabawi, Uswah Rasul al Akram dll.
Wallahu a'lam.•

Friday, January 15, 2010


Sikap takbur dan sombong..
Antara maksiat hati yang paling sukar untuk diubati ialah penyakit takbur dan sombong,betoll x????
Dalam diam, tanpa kita sedari kita berbangga dengan diri kita sendiri. Takbur terbahagi kepada 2: takbur lahir dan takbur batin. Takbur lahir ini dapat dilihat pada perbuatan dan perkataannya. Contohnya ialah mulut yang tajam dan mudah menghina orang, nauzubillah..
Imam Al-Ghazali berkata; “ orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar.” Dia juga akan dengki dan dendam apabila orang lain mendapat kesenangan…
Tetapi apa yang paling susah ialah takbur batin iaitu membesarkan diri di dalam hati. Takbur kpd tuhan pula ialah tdk m’pedulikan ancaman-Nya dan memandang remeh segala syariat. Manakala takbur terhadap rasul ialah enggan mengikut petunjuk. Takbur sesama manusia ialah berasakan dia lebih tinggi drpd org lain.
Lawan sifat takbur ialah sifat tawaduk dan rendah diri. Bukanlah senang untuk menghilangkan sifat sombong tetapi memerlukan mujahadah dan bersungguh-sungguh. Mungkin elok untuk m’buat sesuatu yg menyebabkan kita dipandang rendah semoga dari itu akan datang rasa rendah diri dan b’laku tawaduk. Sesungguhnya tdk hina org yg merendah diri. Allah tlh memuji hambaNya yg tawaduk & mengangkat darjat mereka.insyaAllah……

Saturday, December 12, 2009

Saat berlalu tanpa disedari, diri terkapai-kapai menuju hala tuju yang hakiki...
Betulkah jalan yang dilalui sesuai kehendakNya atau hanya ilusi perasaan....
Betulkah reaksi diri ke arah keredhaanNya atau hanya berpaut pada anganan.........
Betulkah impian di hati iniginkan kebaikan atau hanya berpandu nafsu durjana...
Betulkah firasat kalbu atau hanya bisikan syaitan...........
Betulkah segalanya Ya Allah? yang memberi damai di hati2 yang dipilihnya................
Kuharap semuanya dipelihara Allah........
Ku ingin meskipun badai melanda, kekuatan diri tak pernah luntur...
Ku ingin dikurnia teman di sisi, namun diri tetap mengharapkan Ilahi..........
Ya Allah kurniakanlah kekuatan hati kepadaku....
Ya Ghaffar kurniakanlah ampunanMu kepadaku.........