BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 29, 2009













ana rasa ana nak start share about my life kat blog ni sebab banyk sgt event bez dlm hidup ana ni. alhamdulillah {walopun bnyk jgak event yg sdey2 n menyakitkan aty}... disebabkan ana bkanlah sowg yg suka tulis diari, jadi lebih baik ana tulis kt cni je, so dapatla ana kenang balik event2 yg bez 2 {event x bez kite lupakan, redha lebih baik dari pasrah} . lagipun ana je yg selalu buka blog ni, huhu...
ni 1st citer. walopun dah lame befday ana, tapi ana baru je dpt gmbr ni, so baru dpt citer kt cni.{ tapi lau ikot befday lam bulan islam, bru je lpas iaitu pada 4 syawal}. mak ana suka celeb befday ana ikot bulan islam, ari 2 kan,mak kata nak buat nasi impit kuah kcg{feveret ana} untk ana sbb x sempat nk buat masa raye, ats sebab2 t'tentu xleh buat jgak masa raya k4, tapi mak ana wat jugak mlm sbtu sblum ana dtg cni, ana rasa terharu sgt,syggg sgt2 kt mak. terima kaseh sgt2 mak,{cam pnting sgt nasi impit 2 plak tp ana hargai mak yg susah pyh u ana,hehe} kwn2 tersyg wat surprise befday celeb untk ana. ana xtau pn. ptotla pelik sgt ari 2, kwn2 cari pasal. rumet lagi la menjadi lakonan dia. ana diam x terkata. dia tutup lampu, x bagi ana wat keje, xleh kol n mcm2...rupa-rupanya dpt makan kek... syukran kathir kwn2 sume...

5 TEKA TEKI IMAM GHAZALI


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Friday, September 4, 2009

TAFSIRAN AYAT-AYAT TENTANG PUASAAllah Ta'ala berfirman :"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kama agar kamu bertaqwa. (Yaitu) dalambeberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya.Dan berpuasa lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui "(Al-Baqarah: 183-184) Allah berfirman yang ditujukan kepada orang-orang beriman dari umat ini,seraya menyuruh mereka agar berpuasa. iaitu menahan dari makan, minum dan melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa dengan niat ikhlas kerana Allah Ta'ala. Kerana di dalamnya terdapat penyucian dan pembersihan jiwa, juga menjernihkannya dari fikiran-fikiran yang buruk dan akhlak yang rendah.Allah menyebutkan, di samping mewajibkan atas umat ini, hal yang sama juga telah diwajibkan atas orang-orang terdahulu sebelum mereka. Dari sanalah mereka mendapat teladan. Maka, hendaknya mereka berusaha menjalankan kewajipan ini secara lebih sempurna dibanding dengan apa yang telah merekakerjakan. (Tafsir Ibn Katsir, 11313.)

Dalam hadits riwayat Ibnu Majah Rasulullah saw bersabda : „Wahai segenap Muhajirin, ada lima hal yang membuat aku berlindung kepada Allah swt dan aku berharap kalian tidak mendapatkannya. Pertama, tidaklah perbuatan zina tampak pada suatu kaum sehingga mereka akan tertimpa bencana wabak dan penyakit yang tidak pernah ditimpakan kepada orang-orang sebelum mereka. Kedua, tidaklah suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan melainkan mereka akan tertimpa paceklik, masalah ekonomi dan kedurjanaan penguasa. Ketiga, tidaklah suatu kaum menolak membayar zakat melainkan mereka akam mengalami kemarau panjang. Sekiranya tidak karena binatang, niscaya mereka tidak akan diberi hujan. Keempat, tidaklah suatu kaum melakukan tipuan (ingkar janji) melainkan akan Allah swt utus kepada mereka musuh yang akan mengambil sebagian yang mereka miliki. Kelima, tidaklah para imam (pemimpin) mereka meninggalkan (tidak mengamalkan Al-Qur'an) melainkan akan Allah swt jadikan permusuhan antara mereka."