BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 26, 2010


Selamat mengulangkaji


sentiasa mengingati allah, semoga allah membantu pada masa kamu memerlukan nya

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
-
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar
.

Al-Asr..

Monday, October 11, 2010

APABILA MANUSIA DIUJI....

Manusia sering mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan dan kefaqiran. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam kehidupan dan kemewahan. Itulah lumrah manusia………..anda, saya dan kita semua.

Tetapi berbahagialah manusia yang diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Tetapi kita hari ini di saat diuji........

Maka ketika hati kita tertanya-tanya “mengapakah Aku yang diuji?” maka ingatlah firman Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Tatkala diri berkata “Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?” Allah berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


Ditika hati bermonolog “Bagaimanakah harus aku depani segala ini” maka Allah telah berfirman untuk mu:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung, seseorang untuk memperolehi kekuatan, Allah telah sedia ada bersamamu .....:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

Dan apabila kau merasakan “AKU DAH TAK MAMPU BERTAHAN LAGI !!!!!”
Maka ingatlah firman Allah.........
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Sesungguhnya..............
" Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

Dan akhir sekali ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua “ Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

“ Ya Allah..... jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan”

Sunday, September 26, 2010


Agar kita tidak selalu merasa lebih daripada orang lain..

  1. Agar kita tidak merasa lebih baik dari orang lain atau 'ujub dalam beribadah ada beberapa cara yang harus kita tempuh. Di antaranya adalah dengan melihat orang yang lebih baik kualiti agamanya dari kita, baik orang-orang yang ada pada zaman sekarang atau dari orang-orang yang terdahulu, terutama para salafus shalih, seperti para nabi, para sahabat, para tabi'in, ulama dan sebagainya. Jika kita bandingkan ibadah kita dengan mereka, maka ibadah kita tidak ada apa-apanya. Bahkan Rasulullah pernah bersabda; "Andaikan kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud tidak akan menyamai satu mud atau setengah mud infak mereka.

  1. Menyedari bahawa tidak ada yang diuntungkan dengan ibadah kita selain diri kita sendiri. Ertinya jangan mempunyai pemahaman bahawa kita telah berjasa kepada Allah, Islam, Rasulullah, dan lain-lain dengan ibadah yang kita lakukan.
    Yang diuntungkan dengan ibadah kita adalah kita sendiri, juga jika kita tidak
    beribadah tidak ada yang dirugikan selain diri kita sendiri.

  1. Menghayati ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah yang menjelaskan bahawa berbangga dan 'ujub dengan ibadah adalah perkara yang akan merosakkan ibadah itu sendiri. Di antara dalil-dalilnya adalah sebagai berikut: "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."
    Q.S Al-Baqarah : 264

    Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tiga perkara yang membinasakan: Sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti dan seseorang merasa bangga dengan dirinya." HR. Abu Daud dan Ibnu Majah

Berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar kita diselamatkan dari sifat
tersebut. Semuga Allah menyelamatkan kita semua dari penyakit hati yang akan
merosakkan seluruh usaha dan pengorbanan yang kita lakukan agar kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat. Amiin.



salam eidul mubarak....
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua yang masih sudi menjeguk blog yang semakin usang ini..
terlalu banyak masa dihabiskan untuk urusan duniawi yang tidak pernah selesai...Astaghfirullah..
semuanya sangat memenatkan dan semoga turut dikira sebagai salah satu ibadat kepadaNya..
di kesempatan yang masih ada ini, ana menyusun sepuluh jari memohon maaf andai pernah mengguris hati, kata yang tak terjaga, riak muka yang menjengkelkan...(''_'') dan segala yang membuatkan rasa kurang senang kepada semua yang terlibat di dalam kehidupanku yang sementara dan di dalam genggamanNya...ku memohon keampunan kepadaMu Ya Allah di atas kesalahan2ku....ketidakmampuan dan kelalaianku dalam mentaatiMu...

Ramadan yang dilalui banyak mengajar erti kesabaran...semoga
masih diberi kesempatan menghirup manisnya udara bulan kesucian,
mengucup heningya malam keberkatan...

selamat hari raya...semoga sentiasa mendapat keampunanNya...

Friday, August 13, 2010

salam ramadhan al-mubarak...
selamat berpuasa...
semoga dapat menjalani ibadat puasa dengan baik..

Tuesday, August 3, 2010

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Monday, July 19, 2010

Adab-adab terhadap diri sendiri
Bersama ini dikirimkan bahan tazkirah sebagai santapan rohani agar ia menjadi iktibar dan peringatan kepada kita.
1. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
2. Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap minggu. Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuatiri tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.
3. Memotong rambut setiap kali ia panjang, menjaga kebersihannya dan menyisirnya selalu, yakni jangan pula sampai berlebih-lebihan (tidak membiarkannya dan tidak pula menunpukan perhatian kepadanya)
4. Mengutamakan bahagian kanan, yakni mendahulukan kanan dalam semua perkara yang mulia, seperti ketika mandi, berwuduk, menghormat, berjabat tangan. memakai pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian, makan dan minum.
5. Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia, seperti membuang ingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut beristinjak, dan menyentuh aurat. Daripada Aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor.
6. Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang ingus dan kahak, tapi hendaklah ke arah kiri dan pada saputangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.
7. Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari makanan dan minuman agar percikan ingus tidak mengenai orang lain, dan meletakkan saputangan atau tangan ke mulut, memperlahankan suaranya sedapat mungkin. Daripada Abi Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat
8. Memuji Allah sesudah bersin. Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah dijawab dengan (yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan doa yang berikut (yahdikumullahu wa yushlihu balakum)
9. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Juga disuruh mengurangkan suaranya, dan jika dapat, jangan sampai mengeluarkan suara. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan.
10. Dari Abu Hurairah bahawa nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan ''Yarhamukallah'' .Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya."

Saturday, July 17, 2010

Wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang. Itulah gambaran tepat mengenai kehidupan sekarang jika manusia melihat hanya dengan mata kasar. Bermula daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara, perantaraannya adalah wang. Maka, tidak hairan mengapa manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan sehingga tidak berasa cukup dengan waktu yang diperuntukkan. Sesiapa yang bijak mengurus kewangan tiadalah masalah kesempitan wang. Namun, harus diingat bahawa setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ada juga hak orang lain di atas rezeki tersebut. Maka, wajiblah ditunaikan hak-hak tersebut. Sesungguhnya kurniaan Allah kepada manusia tidak terhitung banyaknya. Kita harus membuka minda bahawa rezeki daripada Rabbul Izzati tidak hanya terhad dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Pelbagai nikamt kurniaanNya dapat dilihat dan dirasai andai kita melihat daripada pelbagai sudut dengan mata hati. Seperti yang terdapat dalam Surah Al-Rahman yanng menceritakan begitu banyak tentang nikamt kurniakan Allah sehingga diulang sebanyak 31 kali ayat tersebut

Ädr'Î6sù ÏäIw#uä $yJä3În/u Èb$t/Éjs3è? ÇÊÌÈ

13. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?

Keseluruhan surah ini menceritakan pelabagai nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya. Ayat tersebut diulang supaya manusia bermuhasabah betapa banyak kurniaan Allah kepada kita dan supaya kita sentiasa bersyukur kepadaNya dan melaksanakan amanah kita kepada Allah.

Tetapi apa yang kita lihat fenomena sekarang menggambarkan manusia makin terleka.nauzubillah... ada yang terlalu sibuk mengejar kemewahan sehingga terlupa dengan peringatan Allah dalam surah Jumaat ayat 9 yang berbunyi

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) šÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó$$sù 4n<Î) ̍ø.ÏŒ «!$# (#râsŒur yìøt7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ

9. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),

meskipun di dalam ayat tersebut hanya dinyatakan pada hari Jumaat, namun hal ini perlu dilakukan setiap kali tiba waktu solat.

Kita tidak patut terleka dengan mengatakan setiap masa perlu diisi dengan kerja yang mendatangkan wang kerana kita harus yakin dengan janji Allah iaitu

öqs9ur öNåk¨Xr& (#qãB$s%r& sp1uöq­G9$# Ÿ@ÅgUM}$#ur !$tBur tAÌRé& NÍköŽs9Î) `ÏiB öNÍkÍh5§ (#qè=Ÿ2V{ `ÏB óOÎgÏ%öqsù `ÏBur ÏMøtrB OÎgÎ=ã_ör& 4 öNåk÷]ÏiB ×p¨Bé& ×oyÅÁtFø)B ( ׎ÏVx.ur öNåk÷]ÏiB uä!$y $tB tbqè=yJ÷ètƒ ÇÏÏÈ

66. dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa Yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). di antara mereka ada sepuak Yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.

Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan laranganNya, insyaAllah rezeki sentiasa ada untuk kita.ameen...