BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 14, 2009

Konon orang kata
Konon orang kata jadi cikgu senang
Kerja setengah hari saja
Setengah hari lagi boleh lepak
Tetapi orang tidak tahu
kami kerja siang malam
jaga pelajar lebih dari anak sendiri
konon orang kata jadi cikgu mudah
masuk kelas bercakap saja
suka tidak suka pelajar kena dengar
yang orang tak tahu
kami bukan setakat mengajar
kerana kami perlu didik pelajar jadi orang
konon orang kata jadi cikgu senang
banyak lapang banyak cuti
pelajar cuti kami tumpang sekali
tetapi orang tidak tahu
masa terluang kami rancang itu ini
semuanya untuk majukan anak bangsa
konon orang kata jadi cikgu mudah
saban hari lakukan kerja rutin
pejam mata pun boleh buat kata mereka
yang orang tidak tahu
kami perah kepala cari cara pecahkan rutin
keranan tak mahu anak didik jemu jelak
kami terima cabaran dan kritikan
kerana anak didik itu amanah kami
kami bangga mereka berjaya
walaupun mereka mungkin tak kenang kami
kami sekadar tumpang bangga
kejayaan mereka, kejayaan kami juga
petikan dari majalah NUR