BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 19, 2011


AIR MATA DAN TANGISAN

air mata mmg mudah mengalir apabila hati tersentuh...mengapa?

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

biasanya kaum hawa yg mudah mengalirkan air mata, maknanya hawa lebih sensitif?
bce jgak air mata dalh slh 1 faktor panjangnya usia hawa berbanding adam..

air mata Adalah 1 anugerah drpd Rabbul Izzati kpd hambanya sbg cara untuk menghilangkan tekanan yg dihadapi...Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.tp jgn terlebih menngis supaya xjdik cam kassim selamat...berpada dlm setiap apa yg kita perbuat..



kita menangis kerana banyk sebab..namun sbab yg pling utama ialah kerana taubat n mengenangkan kebesaran Allah...InsyaAllah..
setiap kali mengalirkan air mata, renungkanlah penyebab mengapa kita jd bgitu..mengapa diulang kesilapan yg sama???..

Air mata yang termahal siapa yang punya?

  1. Ibu
  2. Ayah
  3. Remaja
  4. Orang yang dizalim
semoga setiap air mata yang dialirkan tidak lg sia2...


"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."(petikan ILI)

teringat setiap detik mengalirkan air mata dalam hidupku....dr kcil mmg snang nanges...huhuuu


alhamdulillah minggu yang sangat sibuk ini dapat dilalui..

kelas ana bersama kelas PAI bergabung menyertai petandingan sketsa BI yang bertajuk Snow White n 7 Dwarf...ana jdik....teka2..:-)





banyak masa yang terluang untuk pertandingan ni...pape pn byk manfaat yg diperolehi, belajar nk buat props(menambah kreativiti sbg guru)..kwn2 ana sume kreatif,alhamdulillah..ada rumah dwarf, keranda, pntu gerbang, mewah dgn props.., tambh ukhwah ngn unit len jgk.

hmm, ana bukanla aktor pn...hehe..jdik ajk props je n masa hari pertndgn ats permintaan pihak pngurusan, ana bntu sound tp tgok je la...buknnya reti pn..

tarikh: 9/02/2011
masa:2.30ptg-4.30ptg
tempat:alfarabi

alhamdulillah segala penat lelah dan masa yang diberi berbaloi apbl dpt tempat k-3, satu percubaan yg baik... tahniah kpd smua yg terlibat...smoga kerja kte sntiasa dikira sbg satu ibadat kpdNya...InsyaAllah..

satu lg event yg disertai unit sy ialah pertandingan senamrobik, asalnya kami xnk masuk tp memikirkan kemungkinan2 yg entah apa2 masuk jgak...skali lg ana undur diri atas sebab2 t'tentu...pape pn ana bg sokongan dgn jdik camera gurl...

setiap ada masa terluang kami berlatih, mmg letih dan sibuk kerana bertembung dgn latihan sketsa..

tarikh:20/02/2011
masa:3.45ptg
tempat:padang astaka(gym)




suke tgok kesungguhan kwn2 berlatih meskipun ad jgak masalah biasa(ketepatan masa)....


dengan masa yg terluang sedikit digunakan untuk mengulangkaji PJ(anatomi n Fisio), yg sgt mencabar,trimas kpd shbt2 yg m;bntu ajar n bg nota.... ad test pd tarikh yg sme ngn senamrobik... fuhh...penat tp sempat jgak tgok cter KCB bhgian 2, lama dh cri, tersentuh ngn jln cter meskipun hnya berkisar sal jodoh....

kemudian, 1 adegan yg xpenah ana tgok apatah lg buat...suspens brthday rumet ksygn...huhuu.
idea kwn2 wat cmtu yea....sori rumet...lame xgurau senda mcm tu kn..dpt jgak release tnsion..pape pn rumet mmg sporting laa...hehee.. selamat hari lahir...semoga sntiasa istiqamah dalam membuat apa jua kebaikan...(moga bce blog ni...hehee)

lpas ni kne revision HE plak..ad test...



Monday, February 14, 2011

Jadikan Kehidupan Rasulullah Sebagai Motivasi

Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi'ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain. Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.

Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.

Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : "Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)".

Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.

Baginda Raslulllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.

Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :

1. SEBAGAI KETUA KELUARGA YANG MULIA DAN BERTANGGUNGJAWAB.

Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

2. SEBAGAI PEMIMPIN YANG BIJAKSANA

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".

3. MEMILIKI AKHLAK YANG SEMPURNA.

Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :

Maksudnya : "Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.

Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.

Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.

Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.

Maksudnya : "Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari'at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." ( Surah al-Jumuah ayat : 2 )

Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi". (Riwayat Iman Malik )

Text diambil dari Khutbah Jumaat oleh Jakim http://www.islam.gov.my/khutbah-online kata kunci Rasulullah




entry khusus buat warga JPP dan BADAM yang baru dilantik..
selamat menjalankan tugas-hrp2 msh blum terlambat untk wish..:-)

laksanakan dengan sebaik2nya...

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".


untuk diriku jua...


Friday, February 11, 2011


assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..

taman blog ku sepi sejak beberapa hari...banyak tuntutan yang perlu dilaksanakan..

syukran kathira kepada yang masih sudi menjenguk blog yang ana rasa tiada apa yang menarik.
hmmm, banyak dah entry yang lebih kepada pengalaman hidupku..semoga apa yang diluahkan bukanlah dikategorikan kepada mengeluh..nauzubillah min zalik..ana ada baca forum kt ILI ttg mengeluh di http://komuniti.iluvislam.com/topic/17077-mengeluh-merungut-atau-meluahkan-perasaan/page__p__286351#entry286351 agar apa yang ana tulis kt blog ini hanya luahan hati untuk melepaskan sedikit tekanan yang dirasai.. bukan simpati yang diraih apatah lagi...

tapi ana sangat2 hargai sahabat2 yg masih mengambil berat tntg ana walaupun mcm2 ttg ana,,tdak meninggalkn ana keseorangan... hidup ini banyak dugaan yang harus ditempuhi... yang tidak mampu diharungi tanpa bantuan drpdNya... sesungguhnya ujian dan dugaan adalah tanda ingatan Allah kpd kita..maka, sudah sepatutnya kita tidak harus mengeluh di atas setiap ujian drpdNya.. bukankah ujian2 ini adalah cara untk kita mendekatiNya... dan mengeluh adalah tanda kita tidak beriman kepada Qada' n Qadar? nauzubillah...
diri yang kerdil, penuh dengan kekhilafan seharusnya diperbaiki..
jangka nafas yang akan kita hirup semakin hari semakin memendek...semakin dekat saatnya kita bertemu dengan Yang Maha Mencipta...

bukan senang nak buat sesuatu kebaikan, bukan senang untuk meninggalkan satu keburukan andai hati menurut pertimbangan yang cetek, tanpa iman yang kental dan tanpa mujahadah yang istiqamah...

setiap yang dilakukan perlu mengikut pertimbangan iman berlandaskan Al-quran dan As-sunnah..bukanlah bergantung kepada kecerdikan n kepintaran akal semata-mata..apatah lagi mengikut perasaan yang didasari nafsu dan hasutan syaitan laknatullah..astaghfirullah...


kalam hidup

hari berlalu tanpa sedar...
insan terleka terus hanyut...
mengejar duniawi tiada sempadan...
bayangan mati menyepi...

hancurnya hidup tanpa pedoman...
kian terlali mengikut arus...
nikmat sementara jadi sandaran...
pancaindera fana ditelan waktu...

mengapa manusaia mudah alpa...
pada kerikil yang mencucuk...
pada sejarah kegelapan...
pada angin badai menghembus...

mengapa masih begitu...
mengapa masih diam...
mengapa masih membisu...
mengapa masih pejam...

bangkitlah diri..
menuju Tuhanmu...
bangkitlah dengan iman...
menuju jalan hakiki...

hidup bukan dunia...
mati bukan hakiki...
kehidupan menanti
penuh persoalan keadilan...



Tuesday, February 1, 2011


assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...
alhamdulillah... semoga kalimah tahmid ini sentiasa meniti di bibir kita semua...alhamdulillah

cuti???
banyak yg berlaku...ana rasa sedih pabila lihat keadaan atuk yg sakit.. doa sntiasa dipanjatkan smoga atuk akan kembali sihat...dan pilu hati lg sgt2 terasa lihat keadaan mak yang sgt disayangi..bila mak akan sembuh sepenuhnya??huhuuu
ya Allah, kuatkan hatiku menerima dugaan dariMu...tak tertanggung..
luaran manis dn indah semua...tetapi dalaman makin hari makin parah..
cuti ni jgak ana blaja keta...mesti ambl test scepat mgkin jge..dh xlarat nk berulang alik ke tempat blaja keta...hanya padaMu Ya Allah ku bermohon... luluskan test JPJ nnti...

selepas ana tgok berita sal rusuhan kt mesir, sgt2 takut...apa yg ana leh ckap.. rasa 'seriau' sepanjang tgok dan baca tntg semua tu...sgt2 teringat shbt2 kt sne..macam mane la keadaan mereka.. mereka lah shbt yg pling baik...m'bntu ana time2 ana btol2 susah..
hanya doa yg mampu ana titipkan saban watu...
contact pn xberjawab...:-(

banyak yg nk dikongsikan tetapi tak terluah ngan kata2..
apa pn smoga Allah sentiasa merahmati kehidupanku..

banyak sgt permintaan terhadap Tuhan Yang Satu
tapi byk suruhan Dia yg ku buat2 lupa..
larangan Dia yang ku tersengaja buat...
Ya Allah...naifnya diri ini...
Al Ghaffar ampunkan dosa-dosaku...


Tuesday, January 25, 2011

DIARI SEORANG MUSLIMAH: Emosi dan Sabar

DIARI SEORANG MUSLIMAH: Emosi dan Sabar

Friday, January 21, 2011


Salam a’laik...
Alhamdulillah segala tugas untuk gerai BADAM sudah selesai..
Kesyukuran tak terhingga kepada Allah atas segala kemudahan dan pertolongan daripadaNya.
Kerjasama yang amat baik daripada keluarga BADAM juga amat menggembirakan hati ini..
Syukran jazilan kepada semua yang berganding bahu menjayakan gerai BADAM yang terakhir pada sesi 2010/2011.
Alhamdulillah target ana untuk mendapatklan pulangan paling kurang RM1000 kepada BADAM tercapai. Sedikit sebenarnya jumlah tersebut dibandingkan dengan tempoh masa yang diberikan kepada ana untuk membantu exco lajnah ekonomi dalam menjana pendapatan BADAM. Tapi semoga segala usaha keras semua keluarga BADAM dapat membantu serba sedikit gerak kerja dakwah BADAM.insyaAllah..
Selesai tugas dalam lajnah ekonomi yang baru ditubuhkan ini..sayu jugak hati..tapi beban tanggungjawab dah selesai...lega rasanya..Alhamdulillah..
Kepada semua yang pernah terlibat bekerjasama dengan ana selama ini, ana mohon beribu kemaafan andai ada terkasar bahasa, melukakan hati, marah tak tersengaja, banyak menyusahkan..segala kenagan indah yang terukir,memori pahit dan pengalaman yang banyak mengajarku erti tanggungjawab tak mungkin akan ku lupakan..

Saturday, January 15, 2011

Salam ukhwah fillah...

Alhamdulillah hari ni, ana diberi kesempatan, kesihatan dan kekuatan untuk sama2 menghadiri wacana isu2 semasa akidah: pluralisme agama yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT..

Program yang diadakan dari pukul 7pg hingga 5 ptg ini memberi pendedahan yang sangat baik kepada penonton..

Pluralisme adalah satu pandangan atau fahaman yang mengatakan semua agama adalah sama.. fahaman yang bercanggah dengan tuntutan agama ini semakin menular dalam kalangan masyarakat sama ada mereka sedari ataupun tidak..

Di sini, ana bukan berniat nak mengupas tentang isu atau impak ini kerana memang ana tidak arif pasal ni.. masa datang sini baru jelas tentang pluralisme agama. ..tapi masih ada jugak yang kabur..huhu

Antara faktor yangdapat dilihat sebagai penyebab kepada anasir ini ialah perdebatan antara agama. Yang lebih parah apabila yang bercakap adalah orang yang tidak benar2 arif tentang agama yang mudah terpedaya dengan dakyah yang disampaikan oleh musuh2 Islam yang memang pada luarannya nampak semuanya betul, tepat dengan huraian yang kononnya telah dikaji. Dalam usaha untuk memastikan ada perpaduan di antara semua orang tanpa mengira agama, unsur pluralisme telah menyerapi pemikiran segolongan yang tidak berbalik kepada al quran dan as sunnah dalam menyelesaikan sesuatu isu...

Seperti yang telah dibentangkan, di negara jiran banyak impak yang jelas negatif dapat dilihat seperti kahwin campur, ucapan hari krismas dibenarkan dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan akidah islam yang sbenar..

Ana jadi takut apabila merenung kesan daripada serangan pemikiran oleh musuh2 Islam tercinta yang tidak akan pernah berhenti.. doaku ya Allah..jauhilah diriku, keluargaku, sahabat2ku dan semua umat Muhammad daripada virus akidah ini.

Friday, January 14, 2011


s Salam maal hijrah..salam tahun baru...

Sudah terlalu lama blog ini dibiarkan usang...tak terjaga..

Kadang2 memang rasa nak tutup..tapi rasa sayang usaha yang telah dibuat dalam blog ni..

Setiap hari macam2 pengalaman yang ana dapat tapi tak dapat dihuraikan dengan tulisan...hehe

Masa jadi AJK untuk forum maal hijrah...naik pentas untuk penyampaian hadiah pun punyala berdebar...masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki..terutama keyakinan diri.. pengalaman masa MAWAR 2010 dan hari guru tahun lepas jadi semangat

Sekarang berdebar nak jadi AJK cenderahati untuk Wacana Cendekiawan pulak...sangat berdebar.. dengan kehadiran YB lagi...ana refresh balik masa jadi AJK cenderahati untuk MUTTHAQ tahyun lepas jgak..

Pape pun ana kena sentiasa bersedia...be confident...nak cakap senang tapi kita yang hadapi punyala takut...ana bukannya suka publish depan orang..

Petua yang ana akan sentiasa ingat dari mak, mak selau cakap selawat banyak2 lau hadapi keadaan macam ni... Alhamdulillah bila berada dalam situasi tersebut, rasa berdebar hilang...

Susah bila kita nak sesuatu yang kita buat adalah terbaik di semua pandangan orang... tapi sebenarnya pandangan Allah yang harus diberi keutamaan..

Semoga segala kerja buat ana ada nilaiannya di sisi Allah..

Forum maal hijrah yang banyak memberi kesedaran kepada ana...semoga Allah terus memberi kekuatan kepada diri ini...

Sekarang fokus ana kurang terhadap akademik,Astaghfirullah...asyik duk fikir tentang gerai BADAM yang akan ana uruskan dan juga AJK untuk wacana tu je....huhu..tanggungjawab yang dipikul harus dilaksanakan dengan sebaik2nya..

Doa ana agar kerja yang ana akan lakukan ini mendapat pertolongan dariNya..kerana kepadaNya sahaja tempat untuk kita mengadu..yang mempu menghilangkan resah di hati..mengusir kegusaran yang saban detik bertandang...

Gerai ini adalah sumbangan yang terakhir dalam BADAM... semua tenaga daripada AJK sangat diharapkan...ana memang tidak akan mampu melaksanakannya seorang.. semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua dalam menyumbangkan bakti dalam tugas ini...sebelum ni dah banyak buka gerai untuk BADAM tetapi dalam masa yang singkat sahaja...

sesungguhnya segala kerja buat ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental...sedangkan ana lemah...ya Allah...

sedangkan orang lain lagi banyak taklifan yang dipikul..namun mereka masih kuat...mereka banyak lagi tugas berat yang dihadapi...

semoga Allah sentiasa membuka pintuNya untukku...