BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, August 15, 2009

coretan hati Hawa

Adam,mengertilah... Hawa bukanlah insan yg kuat.. bukan juga insan yg bisa menahan nafsu.. tatkala diri diuji, Hawa sering tewas... tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri.. Adam,mengertilah... sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik.. agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya.. Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. perfume, make up, perhiasan... telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya.. namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan ini.. Adam,mengertilah... Hawa ini berjiwa lembut... sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta... Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat... namun, Hawa lemah...Hawa takut zina hati... Adam,mengertilah... setiap kali 'sms' diterima.. Hawa keliru... ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. tapi Hawa akur tuntutan sahabat... Hawa tewas... Hawa reply juga... mengenangkan Adam adalah sahabat....Adam,mengertilah... setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam.. memudahkan perjalanan hidup Adam..jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..
Adam,mengertilah... Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan.. kerana Hawa milik Allah sepenuhnya... Adam,mengertilah...

from ILI.com




LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN
Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Rasulullah s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?" Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah s.w.t., percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah s.w.t. yang baik mahupun yang buruk." Selanjutnya tanya Rasulullah s.a.w "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?" Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Rasulullah s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Rasulullah s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Rasulullah s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ?
Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan.
Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati.
Janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,
Berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Friday, August 14, 2009





aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
luahan seikhlas bicara seorang hamba Allah yang dhaif lagi kerdil
untuk peringatan bagi diriku yang masih tercari-cari erti kehidupan
bersamalah hayati untuk mencapai erti kehidupan
pernahkah kita mendengar ungkapan jangan ditanya apa yang telah negara beri untuk kita tetapi tanyalah apa yang telah kita sumbangkan untuk negara?
tentu pernah kan, bahkan selalu...
macam tu lah juga kita dengan Allah, pencipta kita
jangan dipersoalkan apa yang telah diberi oleh Allah kepada kita tetapi apa yang telah kita buat sebagai tanda pengabdian kita kepada-Nya..
bukankah telah dinyatakan tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada-Nya selain menjadi khalifah di muka bumi ini...
begitulah jua dalam hubungan kita dengan masyarakat sekeliling, usah terlalu mengharapkan balasan di atas apa yang kita telah sumbangkan...
bukankah ganjaran daripada Allah itu terlalu mahal dan lebih bernilai daripada segalanya?
dan kita hendaklah sentiasa ingat janji Allah bahawa barangsiapa yang menyembunyikan aib seseorang di dunia ini, maka Allah akan menyembunyikan aibnya di akhirat sane.
ingatlah,ini adalah janji Allah Yang Maha Berkuasa..
bukankah itu yang kita sangat-sangat perlukan di saat semua amalan dipertontonkan tanpa hijab lagi? Subhanallah..
luahan kalam dari hamba yang mengetahui bahawa setiap apa yang kita ucapkan akan diuji oleh Allah...astaghfirullah hal azim..

Bismillahirrahmanirrahim
ketika bersendiri, terlintas di benakku tentang ekspedisi ke Gunung Tebu yang dijangka akan diadakan pada bulan 10 nanti. pada mulanya, kami diberi pilihan sama ada ingin ke Gunung Tebu, Pulau Redang atau Endau Rompin. setelah perbincangan dibuat, akhirnya Gunung Tebu menjadi pilihan. ekspedisi ini dianjurkan untuk memenuhi silibus PJ. mungkin saya adalah orang yang paling tidak bersetuju untuk ke Gunung Tebu kerana saya pernah mendengar kakak senior yang telah ke Gunung Tebu menceritakan pengalaman yang agak ekstrim ketika berada di sana. rasanya saya tak sanggup untuk melakukan ekspedisi tersebut. saya pernah mendaki Bukit Keluang sewaktu sekolah dulu, tetapi untuk sehari saja. ekspedisi ini memakan masa 3 hari 2 malam. aduh..... dapat ke saya bertahan??? sedang saya berfikir 2, terlintas di benak fikiran, ini baru dugaan yang ada di dunia kerana memilih cabaran di Gunung Tebu, macam mana pula pilihan yang telah diberi oleh Allah S.W.T kepada kita, sama ada ingin ke syurga atau neraka??? saya pun tak tau mengapa terfikir macam 2... betapa risaunya saya apabila ingin melakukan ekspedisi ini tetapi adakah saya begitu risaukan di manakah saya akan ditempatkan di alam yang kekal abadi kelak bukan untuk 3 hari 2 malam sahaja tetapi untu selama-lamanya. aduh, kerdilnya terasa diri... cukupkan bekalan untuk ke sana sedangkan setiap hari tak terlepas dari melakukan dosa. MasyaAllah.. astaghfirullah.. dapatkah saya belas kasihan dari Rabbul Izzati untuk menikmati keindahan syurga ciptaan-Nya yang tak tergambar oleh manusia??banyak lagi persoalan yang berlegar di benak... teringat kata2 'iman senipis kulit bawang' bagaimana nilai imanku di sisi-Nya???

Tuesday, August 11, 2009

7 Jenis Wajah Mayat di dalam Kubur
 Untuk peringatan bersama ... 
 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa 
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.Itulah petanda semasa hidupnya tidak 
melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam
solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan
keji dan mungkar.
 3) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.Itulah mayat yang semasa 
hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
 4) Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya 
suka makan harta yang haram.
 5) Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat 
yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
 6) Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk 
dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
 7) Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu 
dan beramal soleh. 
 Note: Kisah ini diperolehi dari kaset ceramah "Wajah Mayat" oleh Ustaz 
Kazim bin Elias.
 

Saturday, August 8, 2009

Antara Tiga..

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.. Dia tidak kenal akan mereka.. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."Wanita itu pun masuk semula kedalam dam memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju.

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Begitulah kisahnya........ Kasih Sayang tidak dapat dijual beli.

Friday, August 7, 2009


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),
yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)


Sumber ilmu ialah mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.
Biar sedikit cakap, banyak amalan,
Biar sedikit berbincang tetapi membuahkan kesepakatan,
Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.
Buah akal ialah ilmu pengetahuan,
Buah jiwa atau hati ialah iman,
Buah Fizikal ialah kemajuan,
Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga ini melahirkan buah di dalam kehidupan.
Alim lisan, pandai bercakap, tidak berbakti,
Alim hati, kurang bercakap, banyak berbakti,
Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.


Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari

Sunday, August 2, 2009

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Menjauhi Syirik Dalam Segala Bentuknya
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"

Mahmud bin Labid r.a

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, July 31, 2009

salam perjuangan sahabat semua........
semakin merangkak perjalanan masa kehidupan ini,
semakin banyak masalah, musibah dan dugaan yang menimpa....
kepada siapa harus dipersalahkan???
kembalilah kepada Tuhan,
renungilah segala kekhilafan,
agar tidak mudah melatah walau dilanda ujian seberat mana pun.

''walaupun begitu,Allah menjadikan ini sebagai ujian ke atas hamba-Nya,
firman Allah bermaksud '' Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan , kekurangan harta,, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (Surah Al-Baqarah ayat 15)

Ungkapan tentang erti sahabat

Pertama Sahabat Kanti

Kawan semangkuk sepiring makan

Kawan sebantal seketiduran

Kawan sebaya seperminan

Bagai kuku dengan daging

Bagai aur dengan tebing

Bagai ikan dengan air

Ke hulu sama ke hulu

Ke hilir sama ke hilir

Satu sakit dua terasa

Terbakar sama hangus

Terendam sama basah.

Luka tidak dipampas

Mati tidak diungkit

Sakit tidak disebut

Salah tidak ditimbang

(Ungkapan Tradisional Melayu Riau yang tersiar di akhbar Berita Harian bertarikh 15 September 2005)

Monday, May 25, 2009

Apabila kita melihat seorang gadis yang cantik, mengapa mesti jatuh cinta pada kecantikannya sahaja. Mengapa terhenti setakat itu? Jatuh cintalah kepada Dia yang mencipta kecantikan itu. Dialah meminjamkan kecantikan tersebut kepada gadis itu. Satu hari nanti, kecantikan itu akan diambil kembali. Sanggupkah nanti, kita bercinta dengan gadis yang sudah tidak cantik itu? Tetapi, kalau kita mencintai Dia yang mencipta kecantikan itu, nanti akan timbullah perasaan yang lebih dalam. Kecantikan gadis itu bukan lagi dilihat kepada sesuatu yang zahir tetapi apa yang terpancar daripada dalam diri.

Thursday, April 23, 2009

liku perjuangan

perjuangan memerlukan pengorbanan
itulah yang ku rasakan
ku masih dalam perjuangan untuk membetulkan segala kekhilafan diri
ku juga mahu bersama sahabat menempuh onak duri dalam perjuangan ini
alangkah indahnya pabila ku dapat menyentuh hati sahabat dalam mengenali Pencipta
tapi betapa susahnya untuk menyuntik keinsafan dalam diri
kerna ianya adalah milik ILLAHI
ku hanya mampu menadah tangan penuh pengharapan
agar ALLAH sentiasa menemaniku dalam kisah perjuangan ini....ameen.

Wednesday, April 22, 2009

10 ciri muslim sebenar adalah:

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

tika diri keseorangan,
ku teringat lembaran kehidupan semalam,
adakah diri ini telah melakukan apa yang disuruh,
atau telah melanggar apa yang dilarang??????
aku disini tercari - cari erti seoranjg hamba,
sudahkah memenuhi kehendak Pemiliknya...

Tuesday, April 21, 2009

ijtihad

buatmu pejuang islam,
keikhlasan dan kejujuran terletak pada hati nurani,
baik teguran atau nasihat amatlah diperlukan bagi seseorang hamba ALLAH,
hidupnya kita bukan kerana diri sendiri,
tetapi hidup kita kerana ALLAH dan agamaNya,
oleh itu, sama-samalah kita berpesan,
semoga kita terpilih daripada ahli syurga.ameen..........

penawar hati


salam sahabat2 semua semoga hari ini kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan ALLAH semoga jiwa kita terisi dengan rasa syukur di atas segala nikmat yang dikurniakan semoga kita sentiasa mengingati Pencipta kita di setiap degupan jantung kerana kita tidak pernah tahu bilakah detiknya kita akan meninggalkan dunia yang fana ini berdoalah semoga kita berpeluang bertemu dengan Rabbul Izzati.InsyaALLAH.............

assalamualaikum sahabat seperjuangan.
strive for islam