BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

salam perjuangan sahabat semua........
semakin merangkak perjalanan masa kehidupan ini,
semakin banyak masalah, musibah dan dugaan yang menimpa....
kepada siapa harus dipersalahkan???
kembalilah kepada Tuhan,
renungilah segala kekhilafan,
agar tidak mudah melatah walau dilanda ujian seberat mana pun.

''walaupun begitu,Allah menjadikan ini sebagai ujian ke atas hamba-Nya,
firman Allah bermaksud '' Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan , kekurangan harta,, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (Surah Al-Baqarah ayat 15)

Ungkapan tentang erti sahabat

Pertama Sahabat Kanti

Kawan semangkuk sepiring makan

Kawan sebantal seketiduran

Kawan sebaya seperminan

Bagai kuku dengan daging

Bagai aur dengan tebing

Bagai ikan dengan air

Ke hulu sama ke hulu

Ke hilir sama ke hilir

Satu sakit dua terasa

Terbakar sama hangus

Terendam sama basah.

Luka tidak dipampas

Mati tidak diungkit

Sakit tidak disebut

Salah tidak ditimbang

(Ungkapan Tradisional Melayu Riau yang tersiar di akhbar Berita Harian bertarikh 15 September 2005)

Monday, May 25, 2009

Apabila kita melihat seorang gadis yang cantik, mengapa mesti jatuh cinta pada kecantikannya sahaja. Mengapa terhenti setakat itu? Jatuh cintalah kepada Dia yang mencipta kecantikan itu. Dialah meminjamkan kecantikan tersebut kepada gadis itu. Satu hari nanti, kecantikan itu akan diambil kembali. Sanggupkah nanti, kita bercinta dengan gadis yang sudah tidak cantik itu? Tetapi, kalau kita mencintai Dia yang mencipta kecantikan itu, nanti akan timbullah perasaan yang lebih dalam. Kecantikan gadis itu bukan lagi dilihat kepada sesuatu yang zahir tetapi apa yang terpancar daripada dalam diri.

Thursday, April 23, 2009

liku perjuangan

perjuangan memerlukan pengorbanan
itulah yang ku rasakan
ku masih dalam perjuangan untuk membetulkan segala kekhilafan diri
ku juga mahu bersama sahabat menempuh onak duri dalam perjuangan ini
alangkah indahnya pabila ku dapat menyentuh hati sahabat dalam mengenali Pencipta
tapi betapa susahnya untuk menyuntik keinsafan dalam diri
kerna ianya adalah milik ILLAHI
ku hanya mampu menadah tangan penuh pengharapan
agar ALLAH sentiasa menemaniku dalam kisah perjuangan ini....ameen.

Wednesday, April 22, 2009

10 ciri muslim sebenar adalah:

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

tika diri keseorangan,
ku teringat lembaran kehidupan semalam,
adakah diri ini telah melakukan apa yang disuruh,
atau telah melanggar apa yang dilarang??????
aku disini tercari - cari erti seoranjg hamba,
sudahkah memenuhi kehendak Pemiliknya...

Tuesday, April 21, 2009

ijtihad

buatmu pejuang islam,
keikhlasan dan kejujuran terletak pada hati nurani,
baik teguran atau nasihat amatlah diperlukan bagi seseorang hamba ALLAH,
hidupnya kita bukan kerana diri sendiri,
tetapi hidup kita kerana ALLAH dan agamaNya,
oleh itu, sama-samalah kita berpesan,
semoga kita terpilih daripada ahli syurga.ameen..........

penawar hati


salam sahabat2 semua semoga hari ini kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan ALLAH semoga jiwa kita terisi dengan rasa syukur di atas segala nikmat yang dikurniakan semoga kita sentiasa mengingati Pencipta kita di setiap degupan jantung kerana kita tidak pernah tahu bilakah detiknya kita akan meninggalkan dunia yang fana ini berdoalah semoga kita berpeluang bertemu dengan Rabbul Izzati.InsyaALLAH.............

assalamualaikum sahabat seperjuangan.
strive for islam