BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 25, 2011

DIARI SEORANG MUSLIMAH: Emosi dan Sabar

DIARI SEORANG MUSLIMAH: Emosi dan Sabar

Friday, January 21, 2011


Salam a’laik...
Alhamdulillah segala tugas untuk gerai BADAM sudah selesai..
Kesyukuran tak terhingga kepada Allah atas segala kemudahan dan pertolongan daripadaNya.
Kerjasama yang amat baik daripada keluarga BADAM juga amat menggembirakan hati ini..
Syukran jazilan kepada semua yang berganding bahu menjayakan gerai BADAM yang terakhir pada sesi 2010/2011.
Alhamdulillah target ana untuk mendapatklan pulangan paling kurang RM1000 kepada BADAM tercapai. Sedikit sebenarnya jumlah tersebut dibandingkan dengan tempoh masa yang diberikan kepada ana untuk membantu exco lajnah ekonomi dalam menjana pendapatan BADAM. Tapi semoga segala usaha keras semua keluarga BADAM dapat membantu serba sedikit gerak kerja dakwah BADAM.insyaAllah..
Selesai tugas dalam lajnah ekonomi yang baru ditubuhkan ini..sayu jugak hati..tapi beban tanggungjawab dah selesai...lega rasanya..Alhamdulillah..
Kepada semua yang pernah terlibat bekerjasama dengan ana selama ini, ana mohon beribu kemaafan andai ada terkasar bahasa, melukakan hati, marah tak tersengaja, banyak menyusahkan..segala kenagan indah yang terukir,memori pahit dan pengalaman yang banyak mengajarku erti tanggungjawab tak mungkin akan ku lupakan..

Saturday, January 15, 2011

Salam ukhwah fillah...

Alhamdulillah hari ni, ana diberi kesempatan, kesihatan dan kekuatan untuk sama2 menghadiri wacana isu2 semasa akidah: pluralisme agama yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT..

Program yang diadakan dari pukul 7pg hingga 5 ptg ini memberi pendedahan yang sangat baik kepada penonton..

Pluralisme adalah satu pandangan atau fahaman yang mengatakan semua agama adalah sama.. fahaman yang bercanggah dengan tuntutan agama ini semakin menular dalam kalangan masyarakat sama ada mereka sedari ataupun tidak..

Di sini, ana bukan berniat nak mengupas tentang isu atau impak ini kerana memang ana tidak arif pasal ni.. masa datang sini baru jelas tentang pluralisme agama. ..tapi masih ada jugak yang kabur..huhu

Antara faktor yangdapat dilihat sebagai penyebab kepada anasir ini ialah perdebatan antara agama. Yang lebih parah apabila yang bercakap adalah orang yang tidak benar2 arif tentang agama yang mudah terpedaya dengan dakyah yang disampaikan oleh musuh2 Islam yang memang pada luarannya nampak semuanya betul, tepat dengan huraian yang kononnya telah dikaji. Dalam usaha untuk memastikan ada perpaduan di antara semua orang tanpa mengira agama, unsur pluralisme telah menyerapi pemikiran segolongan yang tidak berbalik kepada al quran dan as sunnah dalam menyelesaikan sesuatu isu...

Seperti yang telah dibentangkan, di negara jiran banyak impak yang jelas negatif dapat dilihat seperti kahwin campur, ucapan hari krismas dibenarkan dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan akidah islam yang sbenar..

Ana jadi takut apabila merenung kesan daripada serangan pemikiran oleh musuh2 Islam tercinta yang tidak akan pernah berhenti.. doaku ya Allah..jauhilah diriku, keluargaku, sahabat2ku dan semua umat Muhammad daripada virus akidah ini.

Friday, January 14, 2011


s Salam maal hijrah..salam tahun baru...

Sudah terlalu lama blog ini dibiarkan usang...tak terjaga..

Kadang2 memang rasa nak tutup..tapi rasa sayang usaha yang telah dibuat dalam blog ni..

Setiap hari macam2 pengalaman yang ana dapat tapi tak dapat dihuraikan dengan tulisan...hehe

Masa jadi AJK untuk forum maal hijrah...naik pentas untuk penyampaian hadiah pun punyala berdebar...masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki..terutama keyakinan diri.. pengalaman masa MAWAR 2010 dan hari guru tahun lepas jadi semangat

Sekarang berdebar nak jadi AJK cenderahati untuk Wacana Cendekiawan pulak...sangat berdebar.. dengan kehadiran YB lagi...ana refresh balik masa jadi AJK cenderahati untuk MUTTHAQ tahyun lepas jgak..

Pape pun ana kena sentiasa bersedia...be confident...nak cakap senang tapi kita yang hadapi punyala takut...ana bukannya suka publish depan orang..

Petua yang ana akan sentiasa ingat dari mak, mak selau cakap selawat banyak2 lau hadapi keadaan macam ni... Alhamdulillah bila berada dalam situasi tersebut, rasa berdebar hilang...

Susah bila kita nak sesuatu yang kita buat adalah terbaik di semua pandangan orang... tapi sebenarnya pandangan Allah yang harus diberi keutamaan..

Semoga segala kerja buat ana ada nilaiannya di sisi Allah..

Forum maal hijrah yang banyak memberi kesedaran kepada ana...semoga Allah terus memberi kekuatan kepada diri ini...

Sekarang fokus ana kurang terhadap akademik,Astaghfirullah...asyik duk fikir tentang gerai BADAM yang akan ana uruskan dan juga AJK untuk wacana tu je....huhu..tanggungjawab yang dipikul harus dilaksanakan dengan sebaik2nya..

Doa ana agar kerja yang ana akan lakukan ini mendapat pertolongan dariNya..kerana kepadaNya sahaja tempat untuk kita mengadu..yang mempu menghilangkan resah di hati..mengusir kegusaran yang saban detik bertandang...

Gerai ini adalah sumbangan yang terakhir dalam BADAM... semua tenaga daripada AJK sangat diharapkan...ana memang tidak akan mampu melaksanakannya seorang.. semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua dalam menyumbangkan bakti dalam tugas ini...sebelum ni dah banyak buka gerai untuk BADAM tetapi dalam masa yang singkat sahaja...

sesungguhnya segala kerja buat ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental...sedangkan ana lemah...ya Allah...

sedangkan orang lain lagi banyak taklifan yang dipikul..namun mereka masih kuat...mereka banyak lagi tugas berat yang dihadapi...

semoga Allah sentiasa membuka pintuNya untukku...