BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 15, 2010


Sikap takbur dan sombong..
Antara maksiat hati yang paling sukar untuk diubati ialah penyakit takbur dan sombong,betoll x????
Dalam diam, tanpa kita sedari kita berbangga dengan diri kita sendiri. Takbur terbahagi kepada 2: takbur lahir dan takbur batin. Takbur lahir ini dapat dilihat pada perbuatan dan perkataannya. Contohnya ialah mulut yang tajam dan mudah menghina orang, nauzubillah..
Imam Al-Ghazali berkata; “ orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar.” Dia juga akan dengki dan dendam apabila orang lain mendapat kesenangan…
Tetapi apa yang paling susah ialah takbur batin iaitu membesarkan diri di dalam hati. Takbur kpd tuhan pula ialah tdk m’pedulikan ancaman-Nya dan memandang remeh segala syariat. Manakala takbur terhadap rasul ialah enggan mengikut petunjuk. Takbur sesama manusia ialah berasakan dia lebih tinggi drpd org lain.
Lawan sifat takbur ialah sifat tawaduk dan rendah diri. Bukanlah senang untuk menghilangkan sifat sombong tetapi memerlukan mujahadah dan bersungguh-sungguh. Mungkin elok untuk m’buat sesuatu yg menyebabkan kita dipandang rendah semoga dari itu akan datang rasa rendah diri dan b’laku tawaduk. Sesungguhnya tdk hina org yg merendah diri. Allah tlh memuji hambaNya yg tawaduk & mengangkat darjat mereka.insyaAllah……

1 comments:

Muhammad Yusran said...

memg susah,penyakit batin xspt penyakit atau sikap zahir yg lbey mudah diobati dan dibendung..mujahadah amat penting..moga di akhir hayat tiada takbur, sombong, riya' ujub dll, amin..