BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 25, 2009


Majlis ini sempena hari raya n meraikan jasa pensyarah yg m’ngajar kls kami. Sbgai pku, bnyk sgt keje yg kna buat, tp kerjasama yg sgt padu dr kwn2 memudahkan segalanya dgn izin Allah jua. Alhamdulillah… mulanya nak masak menu utama iaitu nasi impit,kuah kcg n soto, tp stlh discuss ngan ttor, maka ana tlh diamanahkan utk menempah shj makanan t’sbt…..xdptla rasa air tgn kami sdri, tp kmi masak jgk mkanan rngan iaitu dadih, cocktail, begedil,bskut cornflakes....ermmmm, bru ana twu bkanya snang wat ssuatu mjlis..kna buat kad jemputan jgk..mslh p’tama ialah kewangan,kmi kumpul duit n Alhamdulillah, ramai pensyarah yg baik hati,sponsor,syukran kathir….km juga dpt mengeratkan lag ukhwah yg t’bina..yg penting bg ana kita kena ingt pe2 pn rncgn kita, tapi Allah yg menetapkan, krn Allah lebih Maha Mengetahui drpd kita hambanya…segala kerja yg dbuat jg hendaklah x menyalahi suruhan n laranganNya..

Wednesday, October 21, 2009





ni pengalaman ekstrem ana, he2..
masa cti deepavali ari 2 ana xdapat balik umah :-( coz kena daki gunung tebu.
tapi ni adalah pengalaman yg sgt2 bez bg ana..x ternilai harganya...:-)
alhamdulillah ana diberi peluang ini oleh Allah, dapat melihat keindahan ciptaan-Nya
pendakian ini adalah untuk memenuhi silibus pj...
kami pegi 2 unit iaitu unit ana, BM/PJ/KS dan unit PK seramai 43 org
kul 12 tghari hari jumat 2, kami memulakan p'jalanan ke lata belatan yg mengambil masa kira2 1jam setengah.
pendakian kami bermula pada pkul 3 ptg...kami sampai kt sungai cakah dua@Y untuk b'malam di c2, bez sgt air dia sejuk je..kump ana jadi sentri kul 12-2pg...........
pendakian gunung bermula pada pkul 8.30 pagi, walaupun skit2 kaki tp bez sgt...kami singgah mandi, makan kat punca air... dapat jgak relaxkan badan skejap kemudian sambung m'daki ke puncak. kami melewati batang amir,batu mat hassan, jendela pandang barulah sampai k puncak gnung tebu iaitu setinggi kira2 7 km...fuhhhh, pnat sgt..
ana sampai kul 4.30 ptg, antara yg t'awal la kowt. alhamdulillah
suasana kt atas 2 cantik sgt, kabus pn ada, comey....ngan hiasan bonsai...subhanallah
then, kami pergi ke tempat mendirikan khemah, kt cni lagi2 la cantik sbab dapt tgok hmpir keseluruhan ngeri t'ganu kt cni...
tapi kn malam 2, mlm tragis la, coz ana kena tdur lam ujan,huhu... khemah ana msuk air, sleeping beg pn basah...
sblum 2, ana ngan kwn2 pegi ke punca air, punyala jauh kt bwah, kena trun lbih krg 15 minit,aduiiii..pnat..naik 2 lam ujan plak ngan jalannya yg susah lam gelap lg...
keesokannya kami trun gnung, sampai kt lata belata lam kul 4.30 ptg,antara yg lewat la plak... ana trun gnung pakai selipar jepun je, aduhai..truk2 coz kaki ana luka xdapat pakai kasut... punye lah seksa nk trun...tp ada kwn2 n lectrer yg bantu n support...syukran kathir sume...
bnyak yg ana dapat melalui pendakian ini, ana rasa ana perlu lbey bnyk b'syukur dgn pe yg ana ada skang n kemudahan hidup ana...alhamdulillah
ana kump biru iaitu ana, ayu, k.liza, rohaiza, sufi, shida,effa, aidil, syafiq, izudin n haziqie.. kami masak same2, makan same2...kerjasama yg bgus...
alhamdulillah untuk kesekian kalinya kerana ekspedisi gunung tebu ini berjaya tanpa sebarang perkara yg tdk diingini....:-)

Tuesday, October 20, 2009

GODAAN IBLIS GUNA SEJADAH


Tengahari menjelang Zohor di mana ada salah satu Iblis sedang berada dalam Masjid. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat di mana saat berkumpulnya orang. Iblis sudah ada dalam Masjid ia kelihatan begitu khusyuk. Para jemaah mulai memenuhi setiap ruang dalam masjid. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk masuk dari segala penjuru samada atas jendela, pintu atau pintu masuk tandas. Pada setiap orang, Iblis juga masuk dalam telinga, saraf mata, urat nadi lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jamaah yang hadir. Iblis juga menyelinap di setiap sejadah.

"Hai, iblis!", panggil tuan imam ketika baru masuk ke Masjid itu. Iblis merasa terusik : "Kau kerjakan saja tugasmu, tuan imam. Tidak perlu kau menegah saya. Ini hak saya untuk mengganggu setiap orang dalam Masjid ini!", dengus Iblis

"Ini rumah Tuhan, iblis! Tempat yang suci, kalau engkau mahu ganggu, kau boleh lakukannya di luar nanti!", tuan imam cuaba mengusir Iblis itu.

"Tuan imam! hari ini adalah hari ujian bagi mencuba sistem baru". kata Iblis membuatkan tuan imam tercengang.

"Saya sedang menerapkan cara baru untuk menjerat kaummu".
"Dengan apa?" tanya Tuan imam
"Dengan sejadah!" jawab Iblis.

"Apa yang boleh kau lakukan dengan sejadah itu, Iblis?"
"Pertamanya saya akan masuk ke dalam hati setiap pemilik saham industri sejadah. Mereka akan saya ulikkan dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan terus memeras buruh untuk bekerja dengan upah yang rendah demi keuntungan besar!"

"Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru, Iblis?"

"Bukan itu saja tuan imam..." tegas Iblis.
"Lalu?" tanya tuan Imam lagi
Iblis menjawab, "Saya juga akan masuk pada setiap hati juru reka sejadah.Saya akan menumbuhkan gagasan agar para juru reka itu agar membuat sejadah yang lebar-lebar"

"Untuk apa?" tanya tuan imam
"Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa ego pada setiap kaum yang engkau pimpin, Tuan imam! Selain itu, Saya akan lebih bebas untuk masuk dalam sof solat. Dengan sejadah yang lebar maka barisan sof akan renggang. Dan saya ada di celah sof yang renggang itu. Di situ Saya boleh ikut membentangkan sejadah". jawab Iblis dengan yakin.

Dialog Iblis dan Tuan imam terputus seketika.

Dua orang datang di mana keduanya membentangkan sejadah. Keduanya duduk berdampingan. Salah seorangnya memiliki sejadah yang lebar manakala seorang lagi membawa sejadah lebih kecil. Orang yang punya sejadah lebar seenaknya saja membentangkan sejadahnya tanpa melihat kanan-kirinya. Sementara orang yang punya sejadah lebih kecil merasa tidak enak hati jika harus mendesak jamaah lain yang lebih dulu datang.

Tanpa berpikir panjang maka pemilik sejadah kecil membentangkan saja sejadahnya sehingga bahagian sejadah yang lebar ditutupi sepertiganya. Kemudian keduanya melakukan solat sunat

"Nah, lihat itu Tuan imam!", Iblis memulai dialog lagi.
"Yang mana?" Tuan imam bertanya
"Ada dua orang yang sedang solat sunat itu. Mereka punya sejadah yang berbeza ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk di antara mereka". Seru Iblis yang kemudiannya lenyap.

Iblis sudah menyelinap masuk ke dalam sof. Tuan imam hanya memerhatikan sahaja kedua orang yang sedang melakukan solat sunat itu. Tuan imam akan melihat kebenaran rancangan yang dikatakan Iblis sebelumnya.

Pemilik sejadah lebar, rukuk dan kemudiannya sujud. Tetapi ketika bangkit dari sujud maka dia membuka sejadahya yang tertutup lalu meletakkan sejadahnya di atas sejadah yang kecil. Hingga sejadah yang kecil kembali berada di bawahnya.

Dia kemudian berdiri. Sementara itu pemilik sejadah yang lebih kecil telah melakukan hal serupa. Ia juga membuka sejadahnya kerana sejadahnya telah ditutup oleh sejadah yang lebar. Perkara ini terus berjalan sehingga selesai solat.

Bahkan ketika solat Jumaat yang wajib juga kelihatan berlakunya kejadian seperti itu di beberapa sudut dalam masjid itu.

Orang lebih memilih untuk berada di atas daripada menerima di bawah. Di atas sejadah dapat dilihat bagaimana orang sudah berebut kekuasaan atas lainnya. Siapa yang memiliki sejadah lebar, maka dia akan meletakkan sejadahnya di atas sejadah yang kecil.

Sejadah sudah dijadikan oleh Iblis sebagai pembezaan kelas. Pemilik sejadah lebar dikelaskan sebagai para pemilik kekayaan di mana setiap saat harus lebih di atas daripada yang lain.

Dan pemilik sejadah kecil adalah kelas bawah di mana setiap saat akan sentiasa menjadi orang yang dipandang rendah dari pandangan orang yang berkuasa. Di atas sejadah, Iblis telah mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain.

"Astaghfirullahal adziiiim ", guman tuan Imam secara perlahan.