BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 14, 2009

Bismillahirrahmanirrahim
ketika bersendiri, terlintas di benakku tentang ekspedisi ke Gunung Tebu yang dijangka akan diadakan pada bulan 10 nanti. pada mulanya, kami diberi pilihan sama ada ingin ke Gunung Tebu, Pulau Redang atau Endau Rompin. setelah perbincangan dibuat, akhirnya Gunung Tebu menjadi pilihan. ekspedisi ini dianjurkan untuk memenuhi silibus PJ. mungkin saya adalah orang yang paling tidak bersetuju untuk ke Gunung Tebu kerana saya pernah mendengar kakak senior yang telah ke Gunung Tebu menceritakan pengalaman yang agak ekstrim ketika berada di sana. rasanya saya tak sanggup untuk melakukan ekspedisi tersebut. saya pernah mendaki Bukit Keluang sewaktu sekolah dulu, tetapi untuk sehari saja. ekspedisi ini memakan masa 3 hari 2 malam. aduh..... dapat ke saya bertahan??? sedang saya berfikir 2, terlintas di benak fikiran, ini baru dugaan yang ada di dunia kerana memilih cabaran di Gunung Tebu, macam mana pula pilihan yang telah diberi oleh Allah S.W.T kepada kita, sama ada ingin ke syurga atau neraka??? saya pun tak tau mengapa terfikir macam 2... betapa risaunya saya apabila ingin melakukan ekspedisi ini tetapi adakah saya begitu risaukan di manakah saya akan ditempatkan di alam yang kekal abadi kelak bukan untuk 3 hari 2 malam sahaja tetapi untu selama-lamanya. aduh, kerdilnya terasa diri... cukupkan bekalan untuk ke sana sedangkan setiap hari tak terlepas dari melakukan dosa. MasyaAllah.. astaghfirullah.. dapatkah saya belas kasihan dari Rabbul Izzati untuk menikmati keindahan syurga ciptaan-Nya yang tak tergambar oleh manusia??banyak lagi persoalan yang berlegar di benak... teringat kata2 'iman senipis kulit bawang' bagaimana nilai imanku di sisi-Nya???

0 comments: