BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 14, 2009





aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
luahan seikhlas bicara seorang hamba Allah yang dhaif lagi kerdil
untuk peringatan bagi diriku yang masih tercari-cari erti kehidupan
bersamalah hayati untuk mencapai erti kehidupan
pernahkah kita mendengar ungkapan jangan ditanya apa yang telah negara beri untuk kita tetapi tanyalah apa yang telah kita sumbangkan untuk negara?
tentu pernah kan, bahkan selalu...
macam tu lah juga kita dengan Allah, pencipta kita
jangan dipersoalkan apa yang telah diberi oleh Allah kepada kita tetapi apa yang telah kita buat sebagai tanda pengabdian kita kepada-Nya..
bukankah telah dinyatakan tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada-Nya selain menjadi khalifah di muka bumi ini...
begitulah jua dalam hubungan kita dengan masyarakat sekeliling, usah terlalu mengharapkan balasan di atas apa yang kita telah sumbangkan...
bukankah ganjaran daripada Allah itu terlalu mahal dan lebih bernilai daripada segalanya?
dan kita hendaklah sentiasa ingat janji Allah bahawa barangsiapa yang menyembunyikan aib seseorang di dunia ini, maka Allah akan menyembunyikan aibnya di akhirat sane.
ingatlah,ini adalah janji Allah Yang Maha Berkuasa..
bukankah itu yang kita sangat-sangat perlukan di saat semua amalan dipertontonkan tanpa hijab lagi? Subhanallah..
luahan kalam dari hamba yang mengetahui bahawa setiap apa yang kita ucapkan akan diuji oleh Allah...astaghfirullah hal azim..

0 comments: