BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 11, 2009

7 Jenis Wajah Mayat di dalam Kubur
 Untuk peringatan bersama ... 
 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa 
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.Itulah petanda semasa hidupnya tidak 
melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam
solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan
keji dan mungkar.
 3) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.Itulah mayat yang semasa 
hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
 4) Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya 
suka makan harta yang haram.
 5) Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat 
yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
 6) Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk 
dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
 7) Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu 
dan beramal soleh. 
 Note: Kisah ini diperolehi dari kaset ceramah "Wajah Mayat" oleh Ustaz 
Kazim bin Elias.
 

0 comments: